SKY Realtors Group merupakan kumpulan perunding hartanah berdaftar yang memulakan operasi sejak tahun 2015, beroperasi melalui HIT Properties Sdn Bhd.
Kami bermula pada 2015 dengan pasukan kecil di Kedah. Hari ini kumpulan kami terdiri daripada lebih 300 perunding hartanah terlatih yang telah membantu ribuan pelanggan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis serta kawasan tengah termasuk Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Pasukan kami percaya bahawa setiap transaksi hartanah bukan sahaja soal jual beli, tetapi juga melibatkan kepercayaan, komitmen dan tanggungjawab. Semua urusan mematuhi garis panduan LPPEH bagi memastikan transaksi yang selamat dan sah di sisi undang-undang.
Kumpulan ini diasaskan oleh Hafiz Zaki dan Hartiny Basarudin.
Khidmat nasihat yang telus dan berinformasi untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat.
Kami uruskan semua aspek transaksi, dari penilaian hingga urusan undang-undang dan pinjaman.
Program latihan berstruktur untuk membangunkan perunding yang berkelayakan dan beretika.
Setiap perunding mempunyai website dan listing sendiri.