
Perunding Hasnizam Hasan
Kami bantu anda dari semakan kelayakan sehingga kunci di tangan — rumah baharu, subsale dan tanah di utara Semenanjung dan Lembah Klang.
Projek baharu, subsale dan tanah yang sedang diuruskan oleh perunding kami.
Kebanyakan pembeli pertama tersekat bukan kerana tak layak — tetapi kerana kos awal. Ini yang kami selesaikan.
Untuk projek terpilih, bayaran pendahuluan ditampung sepenuhnya oleh pakej pemaju.
Kos perjanjian jual beli dan yuran guaman ditanggung untuk anda.
Tempah unit pilihan anda hari ini tanpa sebarang yuran tempahan awal.
Rebat eksklusif yang boleh digunakan untuk renovasi atau perabot rumah baharu.
Kami uruskan pemasaran, saringan pembeli, urusan bank dan dokumentasi undang-undang. Anda tunggu tawaran yang betul.
Klik untuk lihat listing agent.
Sembilan tahun bantu keluarga Kedah miliki rumah sendiri.
Rundingan jualan subsale di Kedah dan Pulau Pinang.
Projek baharu Scientex, Bukit Banyan dan sekitar Sungai Petani.
Sepenuh masa atau separuh masa. Latihan, sistem e-learning dan sokongan pasukan disediakan.
RM5,000 hingga RM20,000 setiap transaksi. Anda tentukan sasaran sendiri.
Bekerja dari mana-mana, sepenuh masa atau sambilan tanpa terikat waktu pejabat.
Mula dengan modal minimum. Sistem e-learning dan bahan pemasaran disediakan.
Berdaftar di bawah agensi berlesen — kerjaya jangka panjang yang stabil.
Tak jumpa jawapan? WhatsApp kami di 013-522 4501 — perunding akan balas terus.
Untuk projek terpilih, ya. Pemaju menawarkan pakej rebat yang menampung downpayment, kos SNP dan yuran guaman. Perunding kami akan tunjuk projek mana yang layak untuk kes anda.
Boleh disemak. Kami bantu baca laporan CCRIS anda, cadangkan langkah pembersihan dan tentukan bank mana yang paling sesuai. Sebahagian kes perlu tempoh 3 hingga 6 bulan sebelum mohon semula.
Untuk projek siap, biasanya 3 hingga 4 bulan tertakluk kelulusan bank dan urusan guaman. Untuk projek dalam pembinaan, ia mengikut jadual pemaju.
Untuk pembeli projek baharu, tiada caj — komisen dibayar oleh pemaju. Untuk subsale dan jualan, kadar mengikut garis panduan LPPEH dan dibincang lebih awal.
Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis sebagai kawasan utama, serta Lembah Klang dan Negeri Sembilan melalui rangkaian perunding kami.