Perunding hartanah berdaftar LPPEH · Kedah · Pulau Pinang · Perak · Perlis · Lembah Klang 013-522 4501
SKY Realtors Group WhatsApp Kami
Bantu penjual

Berapa harga rumah anda boleh dijual hari ini?

Sembilan tahun pengalaman menjual rumah kediaman, tanah dan bangunan komersial di tujuh negeri. Anda tetapkan matlamat; kami uruskan selebihnya.

Pengalaman luas

Lebih 9 tahun membantu jualan rumah kediaman, tanah dan bangunan komersial.

Pemasaran terkini

Iklan berbayar dan rangkaian perunding aktif supaya hartanah anda dilihat pembeli sebenar.

Berdaftar & terlindung

Setiap transaksi mematuhi peraturan LPPEH — perlindungan penuh untuk kedua-dua pihak.

Jimat masa & tenaga

Kami uruskan pemasaran, pembeli, urusan bank dan dokumentasi guaman.

Lapan langkah dari temujanji ke tandatangan

1
Temujanji dengan pemilik Kami datang, dengar keperluan anda dan jelaskan pilihan yang ada.
2
Pemeriksaan hartanah Rekod keadaan, ciri dan apa-apa yang perlu diperbaiki sebelum diiklankan.
3
Penilaian harga pasaran Berdasarkan transaksi sebenar di kawasan anda, bukan andaian.
4
Pemasaran rangkaian perunding Iklan berbayar dan edaran kepada lebih 150 perunding aktif.
5
Pengurusan panggilan prospek Kami saring pertanyaan supaya anda tidak dibanjiri panggilan.
6
Saringan kelayakan pembeli Kelayakan loan disemak sebelum tawaran diterima — elak deal gagal di bank.
7
Penyelarasan loan dengan bank Kami susul permohonan pembeli sehingga surat tawaran keluar.
8
Dokumentasi undang-undang Peguam menyediakan SNP; kami pastikan setiap tarikh akhir dipatuhi.

Minta penilaian percuma

Tiada kos, tiada obligasi. Kami maklum harga pasaran semasa rumah anda.

Atau WhatsApp terus di 013-522 4501.